Sesungguhnya aku bukanlah segigih siti hawa, bukan juga sesetia ainul mardhiah yang menanti kasih dipintu syurga. Aku akui hakikat yang telah tertulis bahawa aku bukanlah semulia Siti Khadijah dan Siti Fatimah. Aku jua bukan seperti Rabiatul Adawiyah yang menghamparkan seluruh hidupnya untuk yang maha Pencipta. Tapi cukuplah hanya sekadar aku mencuba mencontohi bunga-bunga yang mekar sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga walau keinsafanku baru dipermulaan.

Thursday 31 January 2013

Tersungkur Di Pusara

Now playing > Kau Tetap Dalam Anganku-Azie


Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan
Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup tenggelam
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga
Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih
Aku harap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kesetiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Hingga ke mati
Hanya itu mampu ku beri
Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedih aku ini
Tidak nampak
Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih
Kasih yang sebenar
Wajah dan senyummu
Sentiasa kuangankan
Aduhai sayang...

Tirai kenangan ku buka satu persatu bertemankan air mata syahdu yg tidak berhenti dari terus mengalir dalam danau rindu lubuk hati.Senyuman yg sentiasa terukir bersama wajah lembut itu memaku aku sebelum tertunduk malu dengan kelincahan mata yg tidak lekang dari melihat kedamaian itu. Indahnya perkenalan, satu anugerah yang membahagiakan. Masih terngiang suara itu menyatakan hasrat yang bersulamkan keraguan. Bagaikan dapat petanda itu hanya khayalan.

Kamu makmum pilihanku. Namun, sepertinya Pemilikmu tidak mengizinkan aku menyuntingmu didunia. Doaku tidak henti, walau bukan didunia, kau bidadariku disana.

Dengan lagak tenang, aku bersimpuh dihadapan sekujur tubuh yang kaku bersalutkan kain putih itu,dengan wajahnya yang sentiasa tenang bagaikan tersenyum memandangku. Ku capai sesuatu lalu ku alunkan surah kegemarannya untuk yg pertama dan terakhir kalinya. Dengan bantuan al Waqiah, aku gagah bacanya dengan lancar yang mengalir dari bibir sampai akhir. Satu pelukan tersemat ditubuhku. Seorang ibu yg kehilangan anaknya bagai mengemis kekuatan dariku.

Takziah mak cik. Kita redha dengan kepergiannya, insyaAllah itu yang buat arwah tenang disana.

Sememangnya tiada air mata yang ku sanggup jatuhkan dihadapan tubuh kaku itu. Namun, lagak tenangku makin pudar dibawa pergi olehnya ke pusara. Akhirnya langkahku terhenti. Terjatuh tidak bermaya lagi. Allahu rabbi…….

Damailah kamu. Aku redha dengan ketentuan ini. Pemilikmu tidak mengizinkan aku berkhidmat untukmu didunia. Pergilah dengan tenang, setenang wajahmu yang sentiasa menenangkan aku kala dulu. Aku bahagia mengenali insan yang sentiasa menunjukkan cinta terhadap Pemiliknya. Walaupun hanya sesaat masa yang diberikan untuk aku merasai anugerah ini,aku tetap bersyukur, terima kasih kerana membimbingku ke jalanNya. Aku akan terus istiqamah untuk memburu mardathillah seperti selalu yang dipesan. Ana uhibbuka fillah abadan abada…Jazakallahu khairan kathira ya akhi..
-Al Fatihah-







Friday 25 January 2013

Dunia Baru

Assalamualaikum ,
heyy kawan2! dyra in da house! ^^,
actually aku dah tak ingat ni kali yg ke bape aku wat blog..hehehe
sebelum ni saja je try wat blog,, tp tak selalu singgah pun..
sampai berhabuk kot..  huhuhu
but hopefully ni la blog aku yg terakhir!!
setelah sesi edit mengedit kod html, dan inilah hasilnya.. simple but nice! #Eh (puji blog sendiri plak dahh)
hehehe.. okayy sekarang sesi berkenalan dgn tuan empunya blog ni!

nama diberi Siti Nadirah bt Darahim, dan baru mencapai umur 18tahun pd 28.12.12..
just call me "dyra" ^^,
pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.. atau lebih popular dgn nicknamenya "PSIS" !
#Eh(popular ke??) maybeeeeee.. huhuhu

aku amek kos IT(Programming)..
actually sebelum ni amek kos mechanical engineering
masa zaman sekolah dulu, tp memandangkan takde rezeki nak sambung engineering,
and kos tu pun agak susah,
sooooo
aku amek peluang yg diberi utk menceburi bidang IT..
rezeki ada kt mana2 kan.. 
why not kita cuba amek cabaran and try cari hikmah disebaliknya
even kita takde basic dalam bidang tu kan kann.. huhuhu
baru sem2 kt PSIS.. banyak bnd yg aku dapat bila dah masuk dunia IPT nii..
alhamdulillah dapat selesakan diri dgn tempat baru
then dpt ramai kawan baru, pakwe baruuu.. #Eh (propa jeee)
and kt sini jugak dyra dpt kenal dgn satu spesies haiwan yg dyra tak penah jumpa sebelum nii
namanye Chalie!! haiwan chalie ni sangat friendly taw!!
(ia akan tinggalkan parut yg sangat huduh bila "landing" kt kulit org)
dah penah kene dah.. sadis sungguhh :(

alhamdulillah, dengan pengalaman yg ada
sedikit sebanyak dapat mematangkan diri yg da semakin tua ni..
hehehe.. actually aku ni happy go lucky jee, cepat mesra dgn kawan baru (perempuan)
yg lelaki tu taktau la nak cakap camne..
mula2 tu malu2 kucing sikit kot.. hehehe ^^,

okayy laa, that's all !! tunggu kisah yg selanjutnya taw.. insyaAllah :)

                                                      

Copyright © 2013 Dyra Az Zahra [4331210506853052031]. All rights reserved.