Sesungguhnya aku bukanlah segigih siti hawa, bukan juga sesetia ainul mardhiah yang menanti kasih dipintu syurga. Aku akui hakikat yang telah tertulis bahawa aku bukanlah semulia Siti Khadijah dan Siti Fatimah. Aku jua bukan seperti Rabiatul Adawiyah yang menghamparkan seluruh hidupnya untuk yang maha Pencipta. Tapi cukuplah hanya sekadar aku mencuba mencontohi bunga-bunga yang mekar sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga walau keinsafanku baru dipermulaan.

Wednesday 1 January 2014

Ahlan wa Sahlan 2014

بسم الله الرحمن الرحيم


It's been a while I'm not writing in this personal blog of mine.

It's been a year actually i'm leaving this piece of momento travelling virtually in my mind
and keep it sacredly within myself. However, this very great day I came across my silent blog in the google search and press the enter button to see the contents.
I felt like a poetry refreshing my sweetest memories and i feel like crying!
So undescribable. Alhamdulillah. thank you for the blessed journey.
I wish I could capture the lost 2013 moments (which I call year of pen-off).


Allah has been trying to teach me lessons of life in a mysterious way.
While we are busy planning our future, He had written everything from the beginning.

He's the best author and planner of one's life. Keep calm when things go wrong.

Allah has a bigger plan than I had for myself. No doubt.
I'm done with my past. I'm walking away. Leaving it there.



I was so thankful to Allah for every raindrops falling there'll be rainbow to cheer the sky.

So I guess life's like that and accept it with the hope that tomorrow's gonna be better.
And myself gonna be an improved and better muslimah. inshaaAllah Allahuma Aamiin.


Ahlan wa Sahlan 2014!


#nowplaying Warkah Cinta Berbau Syurga

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan

Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias

Sunday 12 May 2013

Dear Hawaku Sayang,

Awak nak tak masa ayah dan abang awak nak langkah masuk ke syurga
tapi terpaksa berpatah balik ke neraka sebab awak?
saya taknak, sebab saya sayang kt ayah dan abang saya
kamu bagaimana? kalau tak, tutuplah auratmu sayang ♡

check balik sebelum keluar rumah: 

✔ Pakai tudung (tak kesahlah labuh bulat ke, bawal ke, shawl ke)yg penting tutup dada
✔ tutup lenganmu (walaupun berlengan panjang, pastikan lenganmu tidak terbuka)seeloknya, pakai 'armsock' ye
✔ Tutup kakimu (kaki pun aurat, tp yang ni sering kita lupa)

Ramai orang cakap nak pakai tudung selepas nikah konon-konon sebab tak mahu bagi suami tanggung dosa
Tapiiiiii sedarkah kamu selama ni ayah kamu yang menanggung dosa itu sebelum kamu bernikah?
Tak kesiankan ayah kamu ke? Tak sayangkan ayah ke?
kalau sayang, moh ler kita tutup molek2 aurat kita okayy シ


Sunday 5 May 2013

Pentingnya memilih pemimpin!

Pemilihan pimpinan adalah suatu perkara yang penting bagi umat Islam kerana
mereka akan membawa hala tuju orang yang di pimpin. Dalam perkara yang kecil pun Islam menyuruh kita memilih pemimpin. Rasulullah saw bersabda:

“ Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua.”

Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Maksud gila kuasa adalah yang inginkan keuntungan dunia disebalik jawatan tersebut. Kepimpinan adalah satu tanggung jawab yang sangat berat dan bukan suatu benda yang harus direbut. Nabi saw bersabda:
“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

PILIH PEMIMPIN YANG DIREDHAI ALLAH DAN RASULNYA

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggungjawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya
untuk memilih yang paling diredhai oleh Allah dan Rasulnya.
Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa.
Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya
serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya.
Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredhai oleh Allah dan Rasulnya. Nabi saw bersabda:
“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih redha daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”


             Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya ,
                 kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia,
                kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia
                        dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redhai.

SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.

PILIHLAH PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:
“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”

Ayat 17 surah al-A’la

DUA CIRI UTAMA PEMIMPIN

Nabi saw telah bersabda:

“ Sesungguhnya kamu akan menakluk di timur dan dibarat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali dia bertakwa kepada Allah dan yang memegang amanah.”

Hadis riwayat Ahmad daripada Mas’ud bin Qubaisah.

Takwa adalah orang yang menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Amanah adalah menguruskan orang bawahannya mengikut al-Quran dan Sunnah bukannya mengikut logik pemikirannya.

MEMILIH PEMIMPIN ADALAH CARA MENEGAH KEMUNGKARAN

Menegah kemungkaran adalah kefarduan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu diantara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih. Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.”

Hadis sahih Muslim

Diantara kuasa yang ada pada kebanyakan manusia pada hari ini adalah kuasa memilih.Sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , dia telah mengkhianati amanah Allah, Rasul dan orang-orang beriman seperti dalam hadis yang lepas.
OLEH ITU LARI DARI MEMILIH ADALAH PENGKHIANATAN DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG TIDAK ATAU KURANG DIREDHAI ALLAH JUGA SATU PENGKHIANATAN.


- wallahu'alam -

Sunday 14 April 2013

Ku Damba KasihMu

Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

- now playing Damba Kasih -

Allahu............
menitik air mata........
banyak kali aku ulang lagu ni.....
lagu ni wat aku terpikir sejenak......
adakah dosa aku selama ni diampunkanNya?
aku khilaf..... aku pernah wat dosa....
sekarang pun hidup aku bergelumang dengan dosa....

bila aku nak dekatkan diri padaNya
"Aku layak ke?"
"Aku dah banyak dosa!"
"Aku tak layak diampunkan!"
"Aku jahat! Ibadah aku Dia terima ke?"

Ya Allah..............

tu semua bisikan syaitan!
( nyah kau dari telingaku! )
aku tahu
Tuhanku Maha Pengampun!
Tuhanku Maha Pengasih Penyayang!

aku hanya perlu istiqamah minta keampunanNya!
aku hanya perlu istiqamah beribadah padaNya!
aku hanya perlu istiqamah membuat kebaikan
dan meninggalkan semua laranganNya!

Allahu................
aku menyesal dengan dosa laluku!
Kau terimalah taubatku...........
aku dambakan kasihMu ya Ilahi...................

--------------
Copyright © 2013 Dyra Az Zahra [4331210506853052031]. All rights reserved.