Sesungguhnya aku bukanlah segigih siti hawa, bukan juga sesetia ainul mardhiah yang menanti kasih dipintu syurga. Aku akui hakikat yang telah tertulis bahawa aku bukanlah semulia Siti Khadijah dan Siti Fatimah. Aku jua bukan seperti Rabiatul Adawiyah yang menghamparkan seluruh hidupnya untuk yang maha Pencipta. Tapi cukuplah hanya sekadar aku mencuba mencontohi bunga-bunga yang mekar sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga walau keinsafanku baru dipermulaan.

Sunday 12 May 2013

Dear Hawaku Sayang,

Awak nak tak masa ayah dan abang awak nak langkah masuk ke syurga
tapi terpaksa berpatah balik ke neraka sebab awak?
saya taknak, sebab saya sayang kt ayah dan abang saya
kamu bagaimana? kalau tak, tutuplah auratmu sayang ♡

check balik sebelum keluar rumah: 

✔ Pakai tudung (tak kesahlah labuh bulat ke, bawal ke, shawl ke)yg penting tutup dada
✔ tutup lenganmu (walaupun berlengan panjang, pastikan lenganmu tidak terbuka)seeloknya, pakai 'armsock' ye
✔ Tutup kakimu (kaki pun aurat, tp yang ni sering kita lupa)

Ramai orang cakap nak pakai tudung selepas nikah konon-konon sebab tak mahu bagi suami tanggung dosa
Tapiiiiii sedarkah kamu selama ni ayah kamu yang menanggung dosa itu sebelum kamu bernikah?
Tak kesiankan ayah kamu ke? Tak sayangkan ayah ke?
kalau sayang, moh ler kita tutup molek2 aurat kita okayy シ


Sunday 5 May 2013

Pentingnya memilih pemimpin!

Pemilihan pimpinan adalah suatu perkara yang penting bagi umat Islam kerana
mereka akan membawa hala tuju orang yang di pimpin. Dalam perkara yang kecil pun Islam menyuruh kita memilih pemimpin. Rasulullah saw bersabda:

“ Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua.”

Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Maksud gila kuasa adalah yang inginkan keuntungan dunia disebalik jawatan tersebut. Kepimpinan adalah satu tanggung jawab yang sangat berat dan bukan suatu benda yang harus direbut. Nabi saw bersabda:
“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

PILIH PEMIMPIN YANG DIREDHAI ALLAH DAN RASULNYA

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggungjawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya
untuk memilih yang paling diredhai oleh Allah dan Rasulnya.
Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa.
Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya
serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya.
Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredhai oleh Allah dan Rasulnya. Nabi saw bersabda:
“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih redha daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”


             Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya ,
                 kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia,
                kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia
                        dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redhai.

SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.

PILIHLAH PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:
“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”

Ayat 17 surah al-A’la

DUA CIRI UTAMA PEMIMPIN

Nabi saw telah bersabda:

“ Sesungguhnya kamu akan menakluk di timur dan dibarat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali dia bertakwa kepada Allah dan yang memegang amanah.”

Hadis riwayat Ahmad daripada Mas’ud bin Qubaisah.

Takwa adalah orang yang menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Amanah adalah menguruskan orang bawahannya mengikut al-Quran dan Sunnah bukannya mengikut logik pemikirannya.

MEMILIH PEMIMPIN ADALAH CARA MENEGAH KEMUNGKARAN

Menegah kemungkaran adalah kefarduan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu diantara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih. Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.”

Hadis sahih Muslim

Diantara kuasa yang ada pada kebanyakan manusia pada hari ini adalah kuasa memilih.Sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , dia telah mengkhianati amanah Allah, Rasul dan orang-orang beriman seperti dalam hadis yang lepas.
OLEH ITU LARI DARI MEMILIH ADALAH PENGKHIANATAN DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG TIDAK ATAU KURANG DIREDHAI ALLAH JUGA SATU PENGKHIANATAN.


- wallahu'alam -

Sunday 14 April 2013

Ku Damba KasihMu

Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

- now playing Damba Kasih -

Allahu............
menitik air mata........
banyak kali aku ulang lagu ni.....
lagu ni wat aku terpikir sejenak......
adakah dosa aku selama ni diampunkanNya?
aku khilaf..... aku pernah wat dosa....
sekarang pun hidup aku bergelumang dengan dosa....

bila aku nak dekatkan diri padaNya
"Aku layak ke?"
"Aku dah banyak dosa!"
"Aku tak layak diampunkan!"
"Aku jahat! Ibadah aku Dia terima ke?"

Ya Allah..............

tu semua bisikan syaitan!
( nyah kau dari telingaku! )
aku tahu
Tuhanku Maha Pengampun!
Tuhanku Maha Pengasih Penyayang!

aku hanya perlu istiqamah minta keampunanNya!
aku hanya perlu istiqamah beribadah padaNya!
aku hanya perlu istiqamah membuat kebaikan
dan meninggalkan semua laranganNya!

Allahu................
aku menyesal dengan dosa laluku!
Kau terimalah taubatku...........
aku dambakan kasihMu ya Ilahi...................

--------------

Wednesday 10 April 2013

Doakan aku!

waduhhhh... lama sungguh aku tak update ini belog..
almaklumlah... i busy lorh... takde masa nak singgah blog.. cehhhh :p
hmm masa terasa sgt cepat berlari... pejam celik pejam celik ujung sem sudah...
alhamdulillah, syllabus sume dah settle.. cuma.......
tinggal kelas digital media je tak settle2 lagi.... ZzzzzzzzzzzZ
haiyoooo byk betul kelas ganti.. budak2 kos lain dah balik kampung... dah takde kelas...
kitaorg je ketinggalan.... sadis sungguh..... T_T
minggu ni (minggu ke 15) dah dapat tau markah PB... tu lagi sadis............
hancusssssssssssssss T_T
( dyra oiiiiii.... bila nak sedar niiiiiiii.....) ntahlah..... doa jela aku berubah erk...
doakan aku rajin belajar! jgn rajin bercinta je! #Eh
okayy yang tu propa...... hahaha ^^
tah pape la aku ni... sume benda nak wat last minit..
esok quiz/test, malam tu baru nak belek nota!
( jangan tiru perangai aku! attitude teruk! effect dekat markah PB! )
amekkaw....... tu yg hancussssssssss PB aku...
-______________________-

nampak gayanya dekat final exam nnt kene struggle lebih!!
chaiyok chaiyok!
korang doakan aku ea!
doakan aku dapat maintainkan pointer!
Aamiin.............

good luck to all my beloved classmates! DIP2A, sesi DIS 2012!
markah PB kurang hebat?
moh kita top up time final nanti !!

-kenang ku dalam doamu-

Monday 1 April 2013

100 hari sebelum Ramadhan

menghitung hari.....
seriouslyyy aku rindu ramadhan!!!!
rindu nak bangun sahur,
rindu nak terawih ramai2 kat masjid,
rindu nak "tawaf" bazaar,
hmmmmmmmm
macam2 sketsa kita dpt tgok
bila bulan ramadhan je

hamba1:Ehh aku tak zohor lagi.. bg aku 5 minit!
hamba2: Hok aloh! sjak bila mu ni solat? sebelum ni mu tak buat pung!
hamba1:Lau aku tak solat, sia2 je la aku puasa ari ni....
hamba2: glurppp!

abes tu sebelum ni mu tak rasa ke yg mu tu sia2 je hidup lau tak solat??
(dush dush dush *tumbuk mulut* apsal pelik je bahasa aku ni)
hah ni lg satu tabiat
masa bulan ramadhan, lepas solat, buat semua solat sunat, pastu top up lagi dgn baca quran
kenapa? sbb sume tau time ramadhan berganda2 ganjarannye
kan bagus lau kita buat tiap2 bulan mcm tu kan?
tak kira la ramadhan ke, muharram ke, safar ke kan..
banyak kita dapat kumpul pahala dalam hidup kita kan
Allahu.......
cepatlah datang wahai 1000 bulan
sedarkan aku dari kelalaian!!
aduhhhhh!
100 hari bagaikan 1000 tahun rasanye!
ohh ye,
yang pempuan
dah habes ganti puasa belum?
anda ada masa 100 hari je lg ni
so sila lunaskan cepat ye

-hope ramadhan kali ni buat kita semua istiqamah dalam ibadah-
#NoteToSelf

Sunday 31 March 2013

Ikut cara Melayu atau Islam?

yuhuuuuuuuuuuuuuuu!!
korang! meh sini jap!
aku nak ajak korang termenung seketika! hehe..
yang pempuan,
time nak nikah nanti korang mesti harapkan hantaran 10k ke atas kan?

pempuan1:  eh mestilahh! I ni lulusan degree taw! takde 30,000 jgn harap dpt I!!
pempuan2: kalau boleh nak kalahkan artis youu!!
pempuan3: anak Dato' kenelah jaga "standard". i tak sanggup nak dgr orang mengata.
pempuan4: kahwin hanya sekali seumur hidup, so mestilah nak jadikan hari yg bersejarah tu looks "grant"!!

zzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz

korang ni nak bina masjid ke, nak jual diri???
maaf  lau de yg terasa dgn aku,
aku bukan pe, cuma pelik dgn pikiran  manusia zaman sekarang ni..
kaji punya kaji, aku agak kan,
ni lah puncanye bila kahwin ikut Melayu, bukan Islam..
Islam tu mudah, kita yang serabutkan..
Dalam Islam,
sebaik-baik pernikahan adalah yang paling murah maharnya,
dan sebaik-baik wanita adalah yang memudahkan maharnya dan juga rahimnya..

tanya pada diri,
kita nak nikah atas dasar apa?
kalau aku, yang utamanya mestilah bertujuan ibadah
yg kedua, aku nak nikah sebab ikut sunnah
yang ketiga, aku nak nikah untuk keberkatan dunia akhirat
yang keempat, nak elakkan fitnah dan kemungkaran(zina)

kalau itu semua yg menjadi faktornye,
insyaAllah jalan akan dipermudahkan semua urusan,
takde la yg ikat perut lepas kahwin
(nak bayar kat bank balik tiap2 bulan-ni yg pinjam loan bank utk kahwin)
takde la yg kene buru ngan Ah long(member baik kau yg bg pinjam tu)
betul tak?
tu sume keje giler kan?

yang lelaki plak
tak payah nak tunjuk yg kau sanggup "redah lautan api"
nak kahwin punye pasal
(maggi jadi menu harian)
takut melepas?
lau de jodoh tak ke mana laa!
lau dye tinggalkan kau sbb kau lambat sangat kumpul hantaran berpuluh ribu tu
 maknenye ada pempuan baik yg jauh lebih baik tunggu kau!

yang pempuan plak
tolonglah jgn nak "demand" sangat
kesian la dekat lelaki tu
yg nak jadikan kau yg sah, nak halalkan ikhtilat!
tp bila dengar hantaran, dye tepuk dahi! heh =..=
kot ye pun, tgok dulu kemampuan dye..
dah tau si dye tu gaji tak seberapa,
yg pi letak hantaran beribu tu kenapa..?
adoiiiiiiiii
tak payah nak "grant" sangat
yg penting dah halal and ada berkat! kan? hehe

kahwin muda?
takde masalah! lg bagus!
tapi tgok dulu keadaan..
imaginekan keadaan selepas kahwin korang mcm mane
lau rasa2 mampu, just go on!
lau tak mampu lg tu, jgn beranikan diri dekat dgn ajnabi ok!

p/s: yang kapel dating tiap2 ari, and yg pegang2 tangan tu
cepat2 la pi jumpa tok kadi!
whoopsss! huhuhuhuu

so, pikirpikirkanlah
dan selamat termenung ye!! ^^

-mind our ikhtilat-

Thursday 28 March 2013

Demi Imtihanku

fuh fuh *hembus habuk
dah lama tak jenguk blog ni..  rindu plak kt kucing2 aku ni..
hehe.. ^^
hmm bukan aku taknak jenguk.. cuma semenjak 2 menjak 3 menjak ni aku sibuk sangat..
assignment bertimbun ouhh....
takde masa nak bersosial.. haha
memandangkan final exam lagi  3 minggu ni, so aku kene korbankan dulu aktiviti bersosial..
aku dah deactivate sumenye!! (tak percaya? aku sendiri pun sukar nak percaya)
(facebook, twitter.... apa  lg erk.. cehh bajet byk je, padahal dua tu je yg ada) :p
tapi itu lah kenyataannye.. sume tu aku ketepikan dulu..
ehh tiba2 aku teringat yg aku de blog(sbb tu jenguk jap) haha
so blog jela tempat aku menulis skarang..
hmm sem ni aku buat aku makin giler!! apatah lg final exam coming soon!!
arghhhhhh!!! byk giler nak kene ingat! sume subjek killer bg aku! (sbb sume TEORI)!
*sakit plak hati kita niii...
hmm lau aku teruskan berjimba dgn facebook, twitter, bla bla bla..
alamatnye.. mmg pointer aku berkubur bawah tanah la gamaknye =,=
nota subjek killer aku baru nak wat
(subjek Operating System&Computer Organisation yg  membosankan tahap gaban)
80% teori!! gler tak bosan?? err =..=
 nak taknak mmg kene ngadap gak bnde tu....
hailaaa... 3minggu je lg niiiii.. takde cara len, mmg kene guna jalan pintas skarang..
haha (tau mak aku ni mampus aku kene gulai)
aku pun bukan suka study last minit, tp bila assignment dah melebihi quota, apa cite tu...??
mmg serabut la citenye =..=
ok aku dah penat mengeluh
(astaghfirullah al aziim)
next time aku bebel lg ye.. hehe
ma'at taufiq wannajah fil imtihan ya ikhwan wa akhwat : )


Saturday 9 February 2013

PLKN

mood : rindu zaman PLKN

Allahu.. setahun sudahh..
seriouslyyyy rindu giler ngan budak2 kem :(
dah lama tak jumpa..
rindu masa
berkawad..
P T 1 0..
tarian 1 malaysia..
full loreng tengah malam..
dikir barat..
malam simpulan kasih..
dalam kelas..
nyanyi lagu " Hijau " ngan penuh semangat.. huhu ^^
yang paling rindu sangatttt
rindu nak memekak ngan " 4 serangkai " nii



hope korang tak lupa semua kenangan kita yg sweet sour tuu ^^
aku doakan kawan2 kem aku semuanya berjaya dunia akhirat
insyaAllah amiin ya Rabb..
nanti kita wat reunion okayy !!

#PLKN Kumpulan1 Siri9 '12
#KemGeoKosmo,KKB
#Delta
#NowPlaying > Perpisahan Ini-Aizat ft One Edition



Muslimah


Ketika hati seorang muslimah terluka...
Dia akan hapuskan air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Hari-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Matanya basah oleh lembutnya hatinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Dunianya terasa akan berlanjut dan dia harus tegar..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yg melukainya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Jari- jemarinya bergerak untuk tetap untuk menolong orang lain
tanpa beban dihatinya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi org sekelilingnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Dia tetap meneruskan liku- liku hidupnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka..
Kepercayaan dirinya tetap tidak akan pudar..

*Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH..
Tabahkanlah HATIMU duhai muslimah disaat dirimu terluka..
Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNya, kerana dia ingin sentiasa dekat denganmu..

#NoteToSelf
be like the flower that gives its fragrance even the hand that crushes it



Thursday 7 February 2013

Aishiteru

now playing > Aishiteru

tak faham dengan diri sendiri
kadang2 happy
kadang2 sakit hati
bila dah jauh ni
air mata jadi kawan
ada rindu berlarutan
walau sepakat dalam perjanjian
terikat dengan kesetiaan
ada je yang meragukan
hmm malas nak pikir
kan lebih baik berzikir
serahkan je pada takdir
ada jodoh tak ke mana
Allah kan sentiasa ada
Allah boleh jaga
insyaAllah iman pun dipelihara
kalau dia betul2 mahu
niat pun ikhlas sejak dulu
dia akan setia dengan satu
mesti dia tunggu
walau jauh beribu batu
walau menunggu berjuta waktu ^^

 walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan aishiteru




Thursday 31 January 2013

Tersungkur Di Pusara

Now playing > Kau Tetap Dalam Anganku-Azie


Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan
Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup tenggelam
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga
Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih
Aku harap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kesetiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Hingga ke mati
Hanya itu mampu ku beri
Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedih aku ini
Tidak nampak
Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih
Kasih yang sebenar
Wajah dan senyummu
Sentiasa kuangankan
Aduhai sayang...

Tirai kenangan ku buka satu persatu bertemankan air mata syahdu yg tidak berhenti dari terus mengalir dalam danau rindu lubuk hati.Senyuman yg sentiasa terukir bersama wajah lembut itu memaku aku sebelum tertunduk malu dengan kelincahan mata yg tidak lekang dari melihat kedamaian itu. Indahnya perkenalan, satu anugerah yang membahagiakan. Masih terngiang suara itu menyatakan hasrat yang bersulamkan keraguan. Bagaikan dapat petanda itu hanya khayalan.

Kamu makmum pilihanku. Namun, sepertinya Pemilikmu tidak mengizinkan aku menyuntingmu didunia. Doaku tidak henti, walau bukan didunia, kau bidadariku disana.

Dengan lagak tenang, aku bersimpuh dihadapan sekujur tubuh yang kaku bersalutkan kain putih itu,dengan wajahnya yang sentiasa tenang bagaikan tersenyum memandangku. Ku capai sesuatu lalu ku alunkan surah kegemarannya untuk yg pertama dan terakhir kalinya. Dengan bantuan al Waqiah, aku gagah bacanya dengan lancar yang mengalir dari bibir sampai akhir. Satu pelukan tersemat ditubuhku. Seorang ibu yg kehilangan anaknya bagai mengemis kekuatan dariku.

Takziah mak cik. Kita redha dengan kepergiannya, insyaAllah itu yang buat arwah tenang disana.

Sememangnya tiada air mata yang ku sanggup jatuhkan dihadapan tubuh kaku itu. Namun, lagak tenangku makin pudar dibawa pergi olehnya ke pusara. Akhirnya langkahku terhenti. Terjatuh tidak bermaya lagi. Allahu rabbi…….

Damailah kamu. Aku redha dengan ketentuan ini. Pemilikmu tidak mengizinkan aku berkhidmat untukmu didunia. Pergilah dengan tenang, setenang wajahmu yang sentiasa menenangkan aku kala dulu. Aku bahagia mengenali insan yang sentiasa menunjukkan cinta terhadap Pemiliknya. Walaupun hanya sesaat masa yang diberikan untuk aku merasai anugerah ini,aku tetap bersyukur, terima kasih kerana membimbingku ke jalanNya. Aku akan terus istiqamah untuk memburu mardathillah seperti selalu yang dipesan. Ana uhibbuka fillah abadan abada…Jazakallahu khairan kathira ya akhi..
-Al Fatihah-







Friday 25 January 2013

Dunia Baru

Assalamualaikum ,
heyy kawan2! dyra in da house! ^^,
actually aku dah tak ingat ni kali yg ke bape aku wat blog..hehehe
sebelum ni saja je try wat blog,, tp tak selalu singgah pun..
sampai berhabuk kot..  huhuhu
but hopefully ni la blog aku yg terakhir!!
setelah sesi edit mengedit kod html, dan inilah hasilnya.. simple but nice! #Eh (puji blog sendiri plak dahh)
hehehe.. okayy sekarang sesi berkenalan dgn tuan empunya blog ni!

nama diberi Siti Nadirah bt Darahim, dan baru mencapai umur 18tahun pd 28.12.12..
just call me "dyra" ^^,
pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.. atau lebih popular dgn nicknamenya "PSIS" !
#Eh(popular ke??) maybeeeeee.. huhuhu

aku amek kos IT(Programming)..
actually sebelum ni amek kos mechanical engineering
masa zaman sekolah dulu, tp memandangkan takde rezeki nak sambung engineering,
and kos tu pun agak susah,
sooooo
aku amek peluang yg diberi utk menceburi bidang IT..
rezeki ada kt mana2 kan.. 
why not kita cuba amek cabaran and try cari hikmah disebaliknya
even kita takde basic dalam bidang tu kan kann.. huhuhu
baru sem2 kt PSIS.. banyak bnd yg aku dapat bila dah masuk dunia IPT nii..
alhamdulillah dapat selesakan diri dgn tempat baru
then dpt ramai kawan baru, pakwe baruuu.. #Eh (propa jeee)
and kt sini jugak dyra dpt kenal dgn satu spesies haiwan yg dyra tak penah jumpa sebelum nii
namanye Chalie!! haiwan chalie ni sangat friendly taw!!
(ia akan tinggalkan parut yg sangat huduh bila "landing" kt kulit org)
dah penah kene dah.. sadis sungguhh :(

alhamdulillah, dengan pengalaman yg ada
sedikit sebanyak dapat mematangkan diri yg da semakin tua ni..
hehehe.. actually aku ni happy go lucky jee, cepat mesra dgn kawan baru (perempuan)
yg lelaki tu taktau la nak cakap camne..
mula2 tu malu2 kucing sikit kot.. hehehe ^^,

okayy laa, that's all !! tunggu kisah yg selanjutnya taw.. insyaAllah :)

                                                      

Copyright © 2013 Dyra Az Zahra [4331210506853052031]. All rights reserved.